KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang bagi meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sedar keselamatan di lapangan terbang perlu ditingkatan dan perbincangan ke arah itu perlu melibatkan polis dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurutnya, sebarang langkah terutamanya dalam mengubah prosedur operasi standard (SOP) termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
“(Ada cadangan pasang alat pengesan logam?) Setakat ini belum lagi. Kita memerlukan perbincangan lanjut terlebih dahulu. Apa-apa langkah spesifik perlulah mengambil kira banyak pertimbangan.
“Setakat ini saya rasa perbincangan lebih lanjut perlu dilakukan antara polis dan pihak MAHB. Perlu secepat mungkin.
“Polis pun dilihat ambil tindakan pantas dan saya percaya polis akan beri nasihat kepada MAHB,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Pelancaran Rasmi Stesen Pengecasan EVlution 2024, di sini, pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada MAHB dan polis untuk perbincangan tersebut kerana ia melibatkan operasi di lapangan terbang.
Bagaimanapun, tegasnya, MAHB perlu mengambil tindakan susulan selepas mendapat nasihat daripada polis, namun, sebarang perubahan memerlukan perbincangan lanjut terlebih dahulu.
Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri namun kini sudah diberkas dan dikenakan tahanan reman tujuh hari.
Ridauddin Daud
Tue Apr 16 2024
Kerajaan masih belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang bagi meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut, kata Anthony. - Gambar fail Bernama
‘Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat’ - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.